Friday, 21 November 2014

perpustakaan atas talian Buku Jalanan Ireland

hai!

selepas agak lama menyepi, kami ada satu berita tak baik, dan satu berita baik untuk anda.

berita tak berapa baiknya, atas faktor cuaca yang semakin sejuk di Dublin dan hujan setiap hari, mungkin tiada aktiviti Buku Jalanan Ireland di St. Stephen's Green Park buat masa terdekat.

berita agak baiknya pula ialah, jika anda berminat untuk meminjam buku daripada kami, sekarang kami menyediakan perkhidmatan pinjaman buku secara online. pilih saja buku apa anda mahu pinjam daripada senarai koleksi buku kami selama seminggu.

sila klik link untuk ke senarai buku yang boleh dipinjam daripada Buku Jalanan Ireland 
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1Ul_hoT9L0Ps_oAz2-IcuIgQfRzJIaTF1BQuI1nEFZgM/edit?usp=sharing

untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di twitter: Ireland_BJ

terima kasih.

Saturday, 22 March 2014

Senarai Buku - Book Drive

hari ini merupakan hari pertama Buku Jalanan Ireland diperkenalkan secara terbuka kepada rakyat Malaysia di Dublin menerusi program PPIMI Book Drive, hasil usahasama Buku Jalanan Ireland dan Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland. program ini diadakan sempena Bazar Siswa di Malaysia Hall. tujuan utama program ini ialah untuk memperkenalkan Buku Jalanan, di samping mengumpul buku-buku yang didermakan oleh para pengunjung.

syukur, walaupun dengan cuaca yang sekejap panas sekejap sejuk, kami berjaya menambahkan koleksi buku dalam program Buku Jalanan Ireland. kami berharap dapat mengadakan perpustakaan jalanan (street library) dalam masa terdekat agar semua orang dapat membaca buku-buku yang menarik ini.

berikut merupakan senarai buku dalam simpanan kami

Tajuk / Title
Penulis / Author(s)
Arsonist Jalan Labrooy
Riduan A.dullah
Finding Nemo Graphic Novel (kids)
Disney Enterprises
God, Islam and The Skeptic Mind
Saiyad Fareed Ahmad & S. Salahuddin Ahmad
Harry Potter and The Goblet of Fire
J. K. Rowling
How We Met?
Kathy Regan
Little Tiger (kids)
Parragon Books Ltd.
Muhammad (pbuh) The Prophet of Islam
Alnoor Holdings Group – Pocket Guide
Pride and Prejudice ands Zombies
Jane Austen & Seth Grahame-Smith
Reader’s Digest
·         The Final Theory – Mark Alpert
·         The Various Flavours of Coffee – Anthony Capella
·         Steve & Me – Terri Irwin
·         The Bone Garden – Tess Gerritsen
Rindu Bau Pohon Tin
Hasrizal Abdul Jamil
Sayapatah Zine Vol  4
Run Aziluz
Seek and Slide In The Jungle(kids)
Books Are Fun Ltd.
Sneezy Wheezy Mr Shark (kids)
Top That Publishing
The Da Vinci Code
Dan Brown
The House of Memories
Monica Mc Inerney
The Knife of Never Letting Go
Patrick Ness
The Poems of John Anthony Kelly
John Anthony Kelly
The Rules of Management
Richard Templar
The Sea Close By
Albert Camus
This Is How It Ends
Kathleen Mac Mahon
You Belong To Me
Karen Rose
Yours, Faithfully
Sheila O’Flanagan

kami bercadang untuk mengadakan program street library dalam bulan April di St Stephen's Green Park (berhampiran Grafton Street dan Royal College of Surgeons in Ireland) jemput datang dan duduk baca.

Sunday, 12 January 2014

Projek Buku Jalanan Ireland - Kenapa Saya Suka Rumah Saya

untuk ke event page, sila klik situ: https://www.facebook.com/events/570919606334435/?notif_t=plan_user_joined

everyone has their own ability.
doesn't matter what it is, come and join us!




di sini saya ingin menjemput anda-anda-anda-anda dan anda semua untuk bersama-sama menulis untuk zine pertama bawah nama Buku Jalanan Ireland (BJIe). program nya lebih kurang macam projek zine Sayapatah (Run Aziluz, kalau awak pernah dengar). penyertaan terbuka untuk semua orang. segala karya tulisan/lukisan boleh dihantar melalui emel ke bukujalananireland@gmail.com mulai 12/1/2014 sehingga 12/2/2014

tema besar kali ini ialah:
Kenapaa Saya Suka Rumah
(bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

projek ini tidak hanya terikat kepada cerita tentang Rumah semata-mata. tapi boleh juga jika Rumah itu cuma latar tempat. atau pun apa-apa sahaja yg berkaitan rumah. tak kiralah rumah batu ke rumah kayu. rumah manusia atau rumah kucing. semuanya boleh. kreativiti anda tidak akan disekat! kahkah. kalau tak tahu juga apa-apa pasal rumah (ah penipu sangat) boleh juga tulis dan lukis tentang apa-apa yg boleh dikaitkan secara tersiratnya kepada rumah - home. contoh. butang home ialah butang kembali maka tulis pasal kembali andd whutsoevahh.
apa apa lah. argh tension ah gini. err. faham tak macam mana? tolonglah faham. tolonglah. .___.

event menulis di twitter pula bakal berlangsung pada 1/2/2014 dan anda boleh tweet banyak-banyak guna hashtag #BJIreland tentang rumah dan kembali. bergambar ke tulisan ke tak kisah. okay? okay!

sekian, terima kasih dan sebarkan!
apa-apa soalan boleh terus diajukan kepada kami di:

facebook page: https://www.facebook.com/bukujalananireland
twitter: https://twitter.com/Ireland_BJ
blog: http://bukujalananireland.blogspot.ie/
email: bukujalananireland@gmail.com

Saturday, 16 November 2013

Why I Love Home / Kenapa Saya Suka Rumah Saya


jeng jeng jeng.

so, here is the first part of our very first project. enjoy!
and don't forget to contribute for the second part (zine project) with the same theme --- Why I Love Home / Kenapa Saya Suka Rumah Saya

please read below:-




dengan bangga dan sukacitanya kami ingin memaklumkan tentang projek pertama kami dengan tema "Kenapa Saya Suka Rumah Saya".
projek ini terbahagi kepada dua bahagian. bahagian pertama ialah projek video manakala bahagian kedua ialah projek zine dengan tema yang sama.
tarikh projek zine akan diberitahu kemudian.
sebarkan.
--------
hello.
we are proud and happy to announce the theme of our first project which is "Why I Love Home".
this project is divided into two parts. the first part is video project meanwhile the second part is zine project with the same theme.
the exact date for the zine project will be announced later.
spread the words.

Buku Jalanan Ireland (BJIe) is currently searching for generous donors. if you wish to donate your books, zines or any other suitable stuffs, please do not hesitate to contact us via the links provided. you also can interact directly to me (Run Aziluz) via whichever medium you wish to.

Kenapa Saya Suka Rumah Saya (Why I Love Home) is the first project of Buku Jalanan Ireland. it is divided into two parts, which are video project and zine project. the submission date for the zine project is to be decided soon. again, do contact me/us if you want to contribute or have anything to ask regarding Buku Jalanan Ireland.

keep supporting us.

facebook page: https://www.facebook.com/bukujalanani...
twitter: https://twitter.com/Ireland_BJ
blog: http://bukujalananireland.blogspot.ie/

Sunday, 27 October 2013

Kelahiran Buku Jalanan Ireland.

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

ini ialah pos pertama dalam blog Buku Jalanan Ireland (like, obviously).






seperti yang kita semua tahu, Buku Jalanan selalunya ialah event yang diadakan dua minggu sekali di merata tempat seperti di Ipoh, Shah Alam dan juga universiti-universiti seperti UTM dan UIA. tidak ketinggalan juga, BJ Irbid dan BJ Seoul. apabila saya sampai di sini (dublin) tahun lepas dan mendapati tiada langsung aktiviti Malaysian seperti ini diadakan di sini, saya rasa terpanggil untuk membangunkan Buku Jalanan Ireland, atau lebih spesifik, Buku Jalanan Dublin.

tetapi hasrat tersebut terkubur selama satu tahun dan pada tahun ini, saya cuba juga gagahkan diri untuk membina Buku Jalanan Ireland. kenapa Ireland? sebab kalau boleh, saya tidak mahu cuma pelajar Malaysia di Dublin sahaja yang menyertainya. saya harap, semua pelajar dari serata Ireland boleh turut sama ke Dublin untuk memeriahkan majlis. dan saya juga rasa tiada masalah untuk pelajar Dublin pergi ke tempat lain seperti Cork dan Galway untuk menjayakan program Buku Jalanan Ireland.

disebabkan cuaca yang semakin sejuk (setakat ini boleh turun sehingga 3 darjah celcius pada musim luruh) dan sedang perlahan-lahan melangkah masuk ke musim sejuk, maka mungkin aktiviti Buku Jalanan di luar (outdoor) tidak dapat dijalankan dalam masa terdekat.


oleh itu, saya telah berbincang dengan seorang lagi rakan yang juga berusaha keras untuk menjayakan BJI ini, dan berkemungkinan besar buat masa ini kami cuma akan memberi fokus kepada events di twitter dengan hashtag tema, selain cuba mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Ireland seterusnya menyatukan semua karya dalam zine / e-zine.


semoga harapan kami ini tercapai.