Sunday, 27 October 2013

Kelahiran Buku Jalanan Ireland.

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

ini ialah pos pertama dalam blog Buku Jalanan Ireland (like, obviously).






seperti yang kita semua tahu, Buku Jalanan selalunya ialah event yang diadakan dua minggu sekali di merata tempat seperti di Ipoh, Shah Alam dan juga universiti-universiti seperti UTM dan UIA. tidak ketinggalan juga, BJ Irbid dan BJ Seoul. apabila saya sampai di sini (dublin) tahun lepas dan mendapati tiada langsung aktiviti Malaysian seperti ini diadakan di sini, saya rasa terpanggil untuk membangunkan Buku Jalanan Ireland, atau lebih spesifik, Buku Jalanan Dublin.

tetapi hasrat tersebut terkubur selama satu tahun dan pada tahun ini, saya cuba juga gagahkan diri untuk membina Buku Jalanan Ireland. kenapa Ireland? sebab kalau boleh, saya tidak mahu cuma pelajar Malaysia di Dublin sahaja yang menyertainya. saya harap, semua pelajar dari serata Ireland boleh turut sama ke Dublin untuk memeriahkan majlis. dan saya juga rasa tiada masalah untuk pelajar Dublin pergi ke tempat lain seperti Cork dan Galway untuk menjayakan program Buku Jalanan Ireland.

disebabkan cuaca yang semakin sejuk (setakat ini boleh turun sehingga 3 darjah celcius pada musim luruh) dan sedang perlahan-lahan melangkah masuk ke musim sejuk, maka mungkin aktiviti Buku Jalanan di luar (outdoor) tidak dapat dijalankan dalam masa terdekat.


oleh itu, saya telah berbincang dengan seorang lagi rakan yang juga berusaha keras untuk menjayakan BJI ini, dan berkemungkinan besar buat masa ini kami cuma akan memberi fokus kepada events di twitter dengan hashtag tema, selain cuba mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Ireland seterusnya menyatukan semua karya dalam zine / e-zine.


semoga harapan kami ini tercapai.